Aktiviti permulaan untuk Program Kepimpinan Danajamin100 pada tahun 2015 bermula pada 17 Mac. Tiga puluh pelajar sekolah menengah PINTAR menghadiri kem ini selama tiga hari di Kem El-Azzahar di Banting, Selangor.

Pada hari pertama, para pelajar telah melalui sesi ice-breaking bersama mentor. Mentor, yang merupakan ahli kakitangan Danajamin dapat mengenali setiap pelajar antara satu sama lain. Mentor akan menjalin hubungan yang rapat dengan menti mereka sepanjang tempoh program ini dan akan membimbing mereka dalam pelbagai aspek, dari pembelajaraan untuk berurusan dengan tekanan dari rakan sebaya dan sebagainya. Pelajar kemudian memainkan permainan "Mengetahui Saya" yang digunakan untuk mengenal pasti tahap pembelajaran mereka.

Ini diikuti dengan aktiviti Cara Belajar, Bagaimana untuk Mengulangkaji SPM dan Mengamalkan, Mengaplikasikan dan Menyesuaikan pada hari berikutnya. Pada hari ketiga, masa yang terluang digunakan untuk program motivasi untuk pelajar-pelajar agar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM mereka.

30 orang pelajar telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada program ini pada tahun lepas. Pada bulan November 2014, mereka menghadiri kem pemilihan perserta selama lima hari di Outward Bound School di Lumut, Perak dan mereka bukan sahaja diuji dari keupayaan fizikal dan mental mereka, malah mereka diajar untuk menanam kemahiran bekerja di dalam kumpulan. Pelajar yang terlibat adalah dari lima buah sekolah menengah di Negeri Sembilan dan Selangor: SMK Munshi Abdullah, SMA Agama Repah, SMK Gombak Setia, SMK Pulau Indah dan SMK Juasseh.