Leadership Programme for PINTAR School Leaders

Leadership Training for PINTAR School Leaders (LPPSL)

Program kepimpinan bagi pemimpin-pemimpin sekolah PINTAR ini merupakan program pembinaan kapasiti strategik yang mengiktiraf tenaga kerja pengajaran bermotivasi tinggi dan berdedikasi adalah kunci untuk mewujudkan impak positif kepada sekolah-sekolah dan para pelajar.

Program ini melengkapkan pemimpin sekolah dengan kemahiran yang lebih baik untuk memimpin sekolah masing-masing ke arah keberkesanan dan kecemerlangan. Pemimpin sekolah didedahkan kepada kepimpinan dan perspektif pengurusan yang berbeza serta pengalaman kepimpinan yang akan menjadikan mereka lebih menyedari tentang peranan mereka sebagai pemangkin perubahan terhadap sekolah masing-masing.

Program ini telah dibentuk dan diperkenalkan hasil daripada perbincangan ketika PINTAR Focus Group Engagement pada 2010 yang menyimpulkan bahawa kepimpinan yang betul merupakan kriteria asas terhadap pengurusan yang berkesan di sekolah-sekolah PINTAR.

LPPSL, selaras dengan modul teras PINTAR mengenai "Keupayaan dan Pembangunan Kapasiti" pertama kali diperkenalkan pada bulan September 2011, dengan penyertaan 51 guru besar, pengetua dan penolong kanan dari 26 buah sekolah PINTAR di seluruh negara. Sehingga 2013, tiga kumpulan, yang melibatkan 127 pemimpin sekolah daripada 67 sekolah PINTAR telah mengambil bahagian dan mendapat manfaat langsung daripada program ini.