PINTAR Mobile Learning Unit

The PINTAR Mobile Learning Unit (PMLU)

Unit Pembelajaran Bergerak PINTAR (PMLU) merupakan kenderaan yang diubahsuai serta dilengkapi dengan pelbagai alat bantu pendidikan bagi memberi pendedahan ilmu pengetahuan kepada para pelajar di sekolah PINTAR.

PMLU merupakan Program Nasional PINTAR pertama dan diperkenalkan pada tahun 2009 di bawah tema Kreativiti dan Inovasi. Hari ini, PMLU telah berkembang menjadi salah satu program yang paling dinanti-nantikan dari senarai program nasional yang ada.

Bagi tahun 2011-2012 , Foundation telah melancarkan PMLU di bawah tema baru yang dikenali sebagai ‘Pembinaan Sahsiah - Membuka Hati , Memperkasa Minda’ bertujuan untuk memupuk tanggungjawab dan menerapkan nilai-nilai yang baik supaya mereka menjadi bukan sahaja individu yang berjaya dalam bidang akademik atau pakar dalam sesuatu bidang, tetapi sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara.

Dengan tema baru ini, kenderaan ini telah dilengkapi dengan aktiviti-aktiviti pendidikan dan maklumat yang merangkumi lima segmen Menggalakkan Tanggungjawab: Kesihatan, Kebersihan , Pemakanan, Keselamatan dan Alam Sekitar . Kuiz Pop dan Pencarian Harta Karun telah diperkenalkan untuk memudahkan proses pembelajaran dan meningkatkan interaktiviti antara pembelajaran dan pengajaran. Kenderaan ini menjelajah ke kawasan pedalaman dalam usaha menyebarkan pengetahuan kepada pelajar secara menyeronokkan serta aktiviti yang merangsang minda.

Tahun 2011-2012 menyaksikan PMLU telah melawat ke 126 sekolah PINTAR rendah dan menengah dengan menerima sejumlah lebih daripada 81,000 pengunjung termasuk para pelajar, guru dan ibu bapa.

Pada 2013, PMLU telah dirombak dengan tema baru iaitu, "Memupuk Bakat" , dan kali ini terdapat dua unit yang mengembara ke 210 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menerima sejumlah lebih daripada 70,000 pengunjung termasuk pelajar, guru dan ibu bapa. Tema baru ini bertujuan untuk membantu para pelajar mengenal potensi diri, selain mendorong dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi lebih bercita-cita tinggi melalui kesedaran mengenai kerjaya / profesion yang lebih meluas demi masa depan mereka . Tema ini akan berlangsung sehingga akhir bulan Mac 2015.

PMLU turut melakukan lawatan amal ke rumah anak yatim . Selain daripada sekolah dan lawatan amal tahunan, PMLU membuat penampilan istimewa di dua karnival besar iaitu Iskarnival 2013 di Nusajaya, Johor Bahru dan Karnival Sempena Hari Kanak - Kanak Sedunia, Warga Emas dan Orang Kurang Upaya di Negeri Sembilan. Lawatan ini dilakukan dengan harapan faedah yang dibawa PMLU tidak hanya terhad kepada pelajar-pelajar sekolah PINTAR sahaja, tetapi turut dikongsi dengan orang ramai.