In the news: [Relevan.com.my] SK Bandar Utama Damansara (4) berjaya kumpul 1.33 tan metrik sisa plastik

img elevan.com .my
SERAMAI 910 pelajar SK Bandar Utama Damansara (4) telah menyertai program kitar semula Trash Right baru-baru ini.

By Zubaidah Ibrahim

KESEDARAN rakyat Malaysia tentang kepentingan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan kesan alam sekitar semakin meningkat. Walau bagaimanapun, pengetahuan tentang pengasingan sisa, terutamanya yang terdiri daripada pelbagai jenis plastik, masih kurang.

Ramai yang masih keliru tentang bahan yang boleh dikitar semula dan proses pasca pengumpulan sisa.

Sehubungan itu, baru-baru ini Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Utama Damansara (4) telah menganjurkan program Trash Right.

Penganjuran itu bersandarkan misi untuk membudayakan tabiat kitar semula sepanjang hayat yang proaktif dalam kalangan pelajar dan pada masa sama bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurusan sisa kitar semula dengan betul di samping menggalakkan pelupusan sisa yang bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Sepanjang tempoh tiga bulan kempen itu, seramai 910 pelajar dari SK Bandar Utama Damansara (4) telah berjaya mengumpul sebanyak 1.33 tan metrik sisa plastik secara kolektif yang mengatasi sasaran awal sebanyak satu tan metrik. 

Selain itu, bengkel untuk mendidik para pelajar, guru dan ibu bapa tentang amalan pengasingan sisa yang cekap turut diadakan. 

Ia merangkumi pengetahuan asas tentang cara mengenal pasti pelbagai jenis plastik kitar semula, langkah-langkah penting untuk mencuci dan mengeringkan sisa sebelum dikitar semula serta tip-tip praktikal untuk membudayakan kitar semula dalam kehidupan harian mereka. 

Untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam program Trash Right, SK Bandar Utama Damansara 4 memperkenalkan papan pemantauan kemajuan yang memberi dorongan kepada pelajar untuk mengitar semula sisa-sisa mereka secara aktif.

Menurut Guru Besar SK Bandar Utama Damansara (4), Yahya Abdul Karim, para pelajar mempamerkan minat yang tinggi terhadap program ini menerusi penglibatan yang aktif, ia terbukti dengan kutipan sisa kitar semula yang berjumlah besar. 

“Pelajar juga gigih mempromosikan cara pengasingan sisa yang betul kepada ahli keluarga mereka manakala pihak guru turut berbincang dengan ibu bapa tentang kepentingan pengurusan sisa yang betul. 

“Kami amat berbangga dengan penerimaan mereka terhadap aktiviti kitar semula dan tanggungjawab alam sekitar, terutamanya selepas mendapat kesedaran bahawa usaha kolektif mereka boleh memberi impak bermakna kepada masyarakat,” katanya.

Program Trash Right merupakan sebahagian daripada projek impak sosial Mondelēz International di Asia Tenggara. 

Ia juga adalah hasil kerjasama baru-baru ini dengan Trash4Cash bagi menangani sisa plastik multi-lapisan yang sukar dikitar semula secara mekanikal dalam jangka masa yang singkat. 

Pengumpulan sisa plastik yang diuruskan dengan betul oleh sekolah akan memudahkan Trash4Cash menukar plastik kepada eco-board yang mempunyai banyak kegunaan termasuk pembuatan perabot. 

Pekerja-pekerja Mondelēz International juga secara sukarela menyumbangkan masa mereka dan secara aktif terlibat dengan pelajar-pelajar setiap dua minggu sepanjang proses pengumpulan sisa plastik.

Bagi merancakkan kerjasama dengan SK Bandar Utama Damansara (4), Mondelēz International telah merancang untuk memasang tong-tong kitar semula yang diperbuat daripada plastik kitar semula dalam kawasan sekolah untuk memudahkan pelajar dan guru melakukan proses kitar semula

Perincian pelan dan garis masa pelaksanaan akan dimuktamadkan secara kolaboratif antara pihak sekolah dan Mondelēz International pada permulaan sesi persekolahan 2024. – RELEVAN

Source: relevan.com.my

Also featured in: China Press

Share this post

Related Posts

The CGC100 Youth Entrepreneurship Programme (Fast Track) is a 6-month intensive programme, specifically designed for aspiring entrepreneurs in Malaysia. Organised by PINTAR Foundation, sponsored by..

SERAMAI 910 pelajar SK Bandar Utama Damansara (4) telah menyertai program kitar semula Trash Right baru-baru ini. ..

Phase 2 of the PINTAR-Maharani School Programme (MSP) continued over the last quarter of 2023, seeing a total of 200 students in Form 3 from..