In the news: [TV3] 15,460 graduan berdepan ketidakpadanan kerjaya

image 2
Oleh: Aslina Abu Bakar

BANTING: Seramai 15,460 graduan atau 42% daripada keseluruhan pencarian pekerjaan di portal MyFutureJobs dibawah Kementerian Sumber Manusia berdepan masalah ketidakpadanan kerjaya iaitu merangkumi masalah graduan yang berkecimpung dalam pekerjaan separa mahir dan rendah serta bergaji RM2,000 ke bawah.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, data dari portal yang dibangunkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) itu dilihat membimbangkan dan perlu ada langkah khusus dalam memastikan masalah ketidakpadanan kerjaya itu dapat dikurangkan.

Jelasnya lagi, lebih merucingkan apabila masalah graduan menganggur dan lebihan kerjaya dalam pelbagai sektor kian meruncing.

“Sekarang terdapat lebih 10,000 kekosongan kerja dalam bidang keselamatan Siber dan Pendigitalan memandangkan tidak ramai yang berkecimpung dalam bidang yang dikatakan kian berkembang dalam negara.

image 1

“Kebanyakan pelajar juga kebanyakannya tidak mempunyai minat terhadap cabang yang lebih pelbagai namun kebanyakan mereka minat khusus kepada satu bidang sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian di Sidang Media selepas Majlis Pelancaran Program Career Exploration Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Laut, di sini hari ini.

Jelasnya, Program Career Exploration direncana berikutan jurang ketidakpadanan antara kelayakan graduan dan kerjaya yang didapati kian meruncing.

“Program cetusan PERKESO ini diharap meningkatkan kecaknaan pelajar di peringkat awal memandangkan pendedahan terkini diberi kepada mereka merangkumi pelbagai aspek termasuk penawaran dan permintaan pasaran kerja.

“Malah melalui keberkesanan dan sinergi program ini, ia mampu mencetuskan perubahan positif, sekali gus menambah baik situasi pasaran kerja semasa di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, hasil kolaborasi strategik antara PERKESO dengan PINTAR Foundation, sebanyak 11 sekolah dipilih mengikuti program berkenaan merangkumi sekolah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang dengan jumlah penyertaan pelajar melebihi 1,000 orang.

“Kandungan program ini disusun khusus bagi memberi pendedahan kepada pelajar dari sekolah berkeperluan tinggi tentang kemungkinan kerjaya mereka dengan kemahiran dimiliki melalui penilaian psikometrik.

“Selain itu, PERKESO melalui Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan memainkan peranan penting dalam membantu pencari kerja, khususnya golongan muda seperti lepasan menengah atas memperoleh panduan dalam memilih kerjaya yang sesuai.

“Selain kemahiran penyediaan resume, pelajar juga didedahkan kepada aspek persediaan sebelum temu duga, komunikasi berkesan, pembentukan kerjaya, keperluan industri serta maklumat mengenai pasaran buruh di negara ini.

“Malah, hari ini juga saya turut menyampaikan surat pelantikan kepada 10 guru kaunseling yang diberikan pendedahan dan latihan mengenai fungsi portal MYFutureJobs supaya mereka berupaya menyampaikan maklumat kepada warga sekolah, khasnya pelajar mengenai aspek pasaran buruh menerusi program Train The Trainer bersama PERKESO,” katanya.

Source: Buletin TV3

Share this post

Related Posts

The CGC100 Youth Entrepreneurship Programme (Fast Track) is a 6-month intensive programme, specifically designed for aspiring entrepreneurs in Malaysia. Organised by PINTAR Foundation, sponsored by..

SERAMAI 910 pelajar SK Bandar Utama Damansara (4) telah menyertai program kitar semula Trash Right baru-baru ini. ..

Phase 2 of the PINTAR-Maharani School Programme (MSP) continued over the last quarter of 2023, seeing a total of 200 students in Form 3 from..